TIPS MELANCONG KE HO CHI MINH VIETNAM - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Rabu, 10 Oktober 2018

TIPS MELANCONG KE HO CHI MINH VIETNAM

TIPS MELANCONG KE VIETNAM
Pengalaman pertama melancong ke Vietnam memberi aku pelbagai pengajaran yang baik. Aku dapat mengetahui sisi gelap melancong ke Vietnam.

TEMPAHAN HOTEL ONLINE
Jangan percaya dengan description tentang hotel yang ditulis oleh pihak hotel. Sebagai contoh, aku ada tempah online satu hotel ini dengan review 8.7/10. Tulis kata kawasan pelancongan dekat kawasan hotel.

Bila kami ke sana, hotel tersorok dalam lorong. Dan malam pula sunyi senyap. Aku terpaksa rugi RM700 tempah hotel lain untuk 2 malam sebab tak selesa dengan hotel ini. Baca artikel aku tentang hotel Saigonese Boutique.

Untuk atasi masalah tanya rakan kau yang pernah ke Vietnam hotel yang dekat Kampung Melayu..


MAKANAN MAHAL
Makanan di Vietnam sangat mahal terutama jika mereka tahu anda pelancong. Memang dia orang pau kau giler- giler punya. Aku duduk disini hanya makan nasi goreng untuk 5 orang kena bayar melebihi RM100. Kakak aku beli air mineral kena 400 ribu Dong untuk 5 air mineral bersamaan RM72.

Memang dia orang cekik kau giler- giler punya. So aku cadang kau orang bawa makanan bila ke sini. Macam maggi atau sewaktu dengannya.

HARGA BARANGAN MAHAL DAN DITIPU
Siapa kata barangan di Vietnam murah. Kalau tak kena cara memang barangan yang anda beli lebih mahal dari Malaysia.

Bila tanya harga mesti dia orang kasi  harga melampau. Sebagai contoh T Shirt kau tanya berapa harga, terus dia kata RM90. Bila kau minta kurang dia kasi RM80. Bila kau nak belah dia tahan kau tanya berapa kau boleh kasi, kalau kau minta RM40, dia orang kata mahal.

Memang payah nak jumpa peniaga jujur di Vietnam. Semua cekik darah melampau. Sebab tu anda kena rajin tawar menawar sampai 50%.

JANGAN NAIK BECA/ POLISH KASUT/MKAN KACANG REBUS
Jangan sesekali guna perkhidmatan mereka sebab kedua- dua perkhidmatan ini adalah menipu. Sebagai contoh kalau anda naik beca, 10 minit dia charge 2 dolar. Bayangkan kau naik setengah jam. Mati kau kena bayar. Bila tanya masa nal naik, dia tak cakap harga.

Polish kasut memang melambak di Kampng Melayu. Dia orang datang jumpa kau dan kemudian tiba- tiba nak.polish selipar atau kasut kau. Aku hampir terkena, mamat ni check selipar aku dan nak polish selipar aku...hahahaha. Kalau kau ambil perkhidmatan mereka, dia caj kau RM100.

JANGAN PEGANG BARANG KALAU TAK NAK BELI.
Kalau kau tak nak membeli barangan jangan sentuh dan jangan tawar menawar. Kalau kau dah tawar menawar pastilan kau kena beli.

Kalau tak mesti peniaga disana mengamuk. Berhati- hati dengan peniaga di sini. Aku tak suka peniaga Vietnam sebab asik nak menipu jer..huhuhu.

SCAM OLEH PEMANDU TEKSI
Teksi kat sini memang kuat menipu. Kalau kau naik, tahu- tahu perjalanan 10 minit kau kena bayar beratus ringgit. Elak kan diri anda menaiki teksi.

Aku masa di Vietnam, aku gunakan perkhidmatan GRAB. Lagi selamat dan murah. Mereka tak boleh tipu kau sebab harga dah tetap.

Pendek kata kalau kau melancong ke Vietnam berhati- hati dan gunakan khidmat pemandu pelancong jika kali pertama.

BERAT BAGASI TIDAK MENCUKUPI
Ini pun satu masalah besar kerana wanita ini bil abershopping ia lupa dunia tetapi bagasi yang kita hanya 20 kg. Total lebihan berat setelah tolak 7kg seorang ikut standard Air Asia ialah 17 kg.

Ini yang berlaku kepada aku dan terpaksa 



Macam aku kali pertama ke Vietnam, banyak tips yang diberitahu boleh pemandu pelancong kami. Walau apapun budaya dan kawasan pelancongan mereka terbaik.

Anda boleh baca artikel aku selama 5 hari 4 malam di Vietnam. Jika aku pergi kali kedua, aku dah faham macam mana nak buat. Sekarang ni asik kena tipu jer dengan peniaga Vietnam...hehehehe.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan